Setelah memperkenalkan Galaxy Note 2 semalam secara rasminya, Samsung masih mengekalkan kehangatan peranti terbaru mereka itu dengan memuat-naik sebuah video khas, memaparkan pelbagai fungsi-fungsi baru pada Galaxy Note 2 dengan lebih dekat lagi.
Seperti dimaklumkan semalam, Galaxy Note 2 didatangkan dengan pelbagai fungsi baru yang mana membawa penggunaan S-Pen setapak kehadapan lagi, membolehkan anda membuat pelbagai perkara dengan lebih mudah lagi. Galaxy Note 2 juga dijana menggunakan Google Now, membolehkan bukan sahaja anda membuat pelbagai carian menggunakan suara seperti biasa, tetapi turut sama menulis menggunakan S-Pen dalam membuat sesuatu carian.
Galaxy Note 2 disasarkan mula dijual di Malaysia seawal bulan Oktober atau November ini, dan mungkin akan mengekalkan harga yang lebih kurang sama dengan Galaxy Note generasi pertama ketika dilancarkan pada tahun lepas.