Cari @ Amanz

GooPhone, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu pengeluar di China yang mengeluarkan peranti Android berdasarkan kepada beberapa peranti popular, dan salah satunya adalah iPhone. Dan menariknya, jauh lebih awal sebelum Apple mengumumkan iPhone 5, mereka kini telah pun hadir dengan model baru, dinamakan sebagai GooPhone i5.

Menariknya mengenai GooPhone i5, seperti generasi sebelumnya, ia didatangkan dengan Android yang dioptimasikan bersama-sama antaramuka menyerupai iOS. Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan skrin paparan bersaiz 3.5-inci dengan resolusi 960×640 padanya. Kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 1.3-megapixel dibahagian hadapan turut sama disertakan untuk rakaman gambar dan juga video. Harga jualan dan bilakah ia akan mula dijual masih tidak diketahui buat masa ini.

Semestinya sekiranya ia dipasarkan ke seluruh dunia dengan harga yang berpatutan, ia akan mempunyai peminatnya tersendiri. Jadi, adakah anda akan memilihnya sebagai peranti Android anda ataupun memilih daripada pengeluar lain seperti dari Samsung, HTC dan sebagainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd