Dengan ramai pengeluar yang kini mengeluarkan peranti Android, salah satu kelebihan yang ditawarkan masing-masing adalah melalui penambahan fungsi baru serta antaramuka Android yang khas untuk peranti mereka. Untuknya, kini Huawei hadir dengan antaramuka baru untuk para pengguna mereka, dinamakan sebagai Emotion UI.
Emotion UI ini membawakan rekabentuk yang menarik dan ringkas, disamping mengekalkan beberapa konsep dan grafik daripada tema asal Android.
Buat masa ini, Emotion UI ini masih lagi pada peringkat pembangunan, menawarkan para pengguna kebolehan untuk memilih tema yang bersesuaian dengan peranti mereka, disamping menyusun widget dan sebagainya dengan lebih mudah lagi.
Bagi para pengguna peranti Huawei sedia ada, anda boleh memuat-turun Emotion UI hari ini. Namun, versi yang disediakan hanyalah versi berbahasa Cina sahaja, dan versi berbahasa Inggeris dijangka hadir pada suku tahun ke-empat 2012 kelak.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan Huawei EmotionUI ini?