Pokki Mencapai Fasa Stabil Dengan Pelbagai Penambahan Menarik

Pokki Mencapai Fasa Stabil Dengan Pelbagai Penambahan Menarik

Diterbitkan pada Ogos 31, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Windows, semestinya sedia mengenali akan Pokki yang membolehkan anda menjalankan pelbagai aplikasi berasaskan web sebagai aplikasi desktop dengan mudah, disamping membawakan antaramuka yang menarik. Setelah sekian lama beroperasi dalam versi beta, kini Pokki telah pun mencapai fasa stabil, serta berkongsi statistik mengatakan Pokki digunakan oleh lebih daripada 1 juta pengguna seluruh dunia.

Bersama-sama dengan pengenalan versi stabil mereka yang pertama, Pokki turut sama menawarkan beberapa fungsi baru, menjadikan aplikasi desktop mereka itu lebih menarik berbanding sebelumnya.

Kini, ia didatangkan bersama-sama dengan Apps Menu, menawarkan para pengguna dengan sebuah pusat untuk melihat senarai aplikasi yang dipasang oleh mereka, dan mengawal yang manakah akan dimulakan, selain melihat notifikasi berkaitan sesuatu aplikasi itu.

Selain daripada itu, semestinya salah satu penambahan yang menarik adalah sokongan notifikasi, membolehkan anda melihat notifikasi berkaitan sesuatu aktiviti atau aplikasi dengan lebih mudah dan efektif berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang ingin mengujinya sendiri, boleh memuat-turun Pokki untuk komputer anda hari ini, dan mula menggunakannya untuk mengakses pelbagai aplikasi web terus pada desktop anda.


TIPS & ULASAN