Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, umum semestinya ingat akan beberapa gambar tablet HTC baru yang diperlihatkan oleh salah satu akaun Twitter, iaitu @evleaks. Kini, akaun yang serupa berkongsi dua lagi gambar baru, mengatakan ianya sebagai peranti baru Windows Phone daripada Nokia, iaitu Lumia 920 dan juga Lumia 820.


Nokia Lumia 820

Tiada sebarang maklumat yang dikongsikan bersama-sama dengannya. Namun daripada apa yang diperkatakan, Nokia Lumia 820 bakal membawa skrin seluas 4.3-inci manakala Nokia Lumia 920 bakal membawakan skrin sebesar 4.5-inci. Kedua-duanya bakal didatangkan bersama-sama Windows Phone, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dilengkapi teknologi PureView ataupun tidak, memandangkan kedua-duanya membawakan saiz lensa yang kecil berbanding 808 Pureview sebelum ini.


Nokia Lumia 920

Nokia bakal mengumumkan peranti baru mereka pada minggu hadapan, dimana mereka menjanjikan pelbagai kejutan bersama-sama dengannya. Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd