Adakah Ini Peranti Bersaiz 5-inci Daripada HTC?

Diterbitkan pada Sep 1, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti bersaiz 5-inci semakin menjadi permintaan ramai, dimana sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura berkaitan peranti bersaiz 5-inci daripada HTC telah hangat diperkatakan, dan kini beberapa gambar misteri peranti baru HTC mula kelihatan di arena internet.

Sekiranya anda masih ingat, mengikut laporan sebelum ini, peranti misteri yang menggunakan kod HTC6435LVW didatangkan bersama-sama cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4, dan didatangkan dengan resolusi skrin 1080×1794 padanya. Info lain berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Selain daripada peranti bersaiz 5-inci, HTC juga diura-ura akan hadir bersama-sama beberapa peranti berasaskan Windows Phone, selain beberapa tablet baru daripada mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami