Cari @ Amanz

Astro On-The-Go setelah diperkenalkan kepada para pengguna iOS sebelum ini, kini diperluaskan kepada para pengguna Android. Namun, ia hanya disokong pada hanya segelintir peranti sahaja, dan bukannya semua peranti seperti kebanyakkan aplikasi yang lain.

Aplikasi Astro On-The-Go membolehkan para pengguna mengakses beberapa saluran dan rancangan kegemaran mereka pada komputer atau peranti mudah-alih dengan mudah. Namun seperti biasa, ia bergantung kepada kelajuan data untuk memaparkan sesuatu video itu.

Bagi para pengguna yang tidak mempunyai akaun AstroTV, anda masih boleh menggunakannya, dengan mengakses kepada saluran radio, dan beberapa video pilihan secara percuma menggunakan Astro On-The-Go.

Daripada ujian kami, aplikasi ini gagal dijalankan pada peranti milik kami, walaupun menjalankan Android 4.0.3 (HTC One V / Xperia Neo L) seperti yang diminta. Mungkin ada sebarang spesifikasi lain yang diperlukan yang tidak dinyatakan padanya.

Bagi mereka yang ingin mencuba, anda boleh memuat-turun aplikasi Astro On-The-Go terus daripada Google Play Store hari ini, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengannya.

Terima kasih Hazwan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd