Bagaimanakah iPhone Baru Dengan Skrin Bersaiz 4-inci Akan Kelihatan?

Bagaimanakah iPhone Baru Dengan Skrin Bersaiz 4-inci Akan Kelihatan?

Diterbitkan pada Sep 2, 2012 oleh .

Dengan tibanya bulan September, semestinya ramai peminat teknologi dan peranti mudah-alih menantikan pengumuman iPhone generasi baru daripada Apple. Daripada ura-ura awal, ia dikatakan Apple bakal membawakan skrin sebesar 4-inci bersama-sama dengan iPhone baru mereka, dan kini sebuah video konsep disediakan, memberikan idea bagaimana ia akan kelihatan kelak.

Daripada video yang dipertontonkan, ia menunjukkan yang mana dengan skrin yang lebih memanjang, para pengguna boleh mengikuti pelbagai aplikasi pada paparan yang lebih menarik, dengan permainan, video dan sebagainya digunakan pada skrin yang lebih panjang.

Dan salah satu perkara yang turut dipertontonkan adalah bagaimana aplikasi iOS sedia ada akan dijalankan dalam bentuk “Letterbox”, dimana tidak memberikan kepuasan penggunaan menyeluruh, dan memerlukan para pembangun mengoptimasikannya untuk pelbagai jenis saiz skrin. Namun, ia hanyalah sebuah konsep, dan mungkin Apple mempunyai jawapan sendiri untuk mengatasinya.


TIPS & ULASAN