Nokia Bakal Turut Sama Memperkenalkan Peranti Baru Windows Phone 7.8?

Nokia Bakal Turut Sama Memperkenalkan Peranti Baru Windows Phone 7.8?

Diterbitkan pada Sep 2, 2012 oleh .

Dengan hadirnya Windows Phone 8, ia masih tidak bererti yang mana tiada peranti baru menggunakan Windows Phone 7.8 akan hadir. Mengikut laporan terkini, ia diperkatakan Nokia akan hadir dengan peranti baru menggunakan Windows Phone 7.8, dan memperkenalkannya sebagai kemaskini kepada Lumia 610 sebelum ini.

Mengikut apa yang dikatakan oleh The Verge, peranti baru tersebut kelak akan membawakan spesifikasi rendah, lebih kurang sama seperti Lumia 610, iaitu membawakan cip pemprosesan 800Mhz dan juga memori sebanyak 256MB RAM.

Selain daripada peranti ini, Nokia juga disasarkan untuk memperkenalkan dua peranti baru mereka, Lumia 920 dan juga Lumia 820 pada minggu ini.


TIPS & ULASAN