6 Peranti Baru BlackBerry 10 Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

Diterbitkan pada September 2, 2012 oleh .

Peranti BlackBerry 10 boleh dikatakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, selain bakal menjadi titik penentuan untuk Research In Motion. Kini, mengikut Pocket-Lint, RIM bakal melancarkan sehingga 6 peranti baru pada tahun hadapan, yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Blackberry 10.

Seperti semua sedia maklum, antara daripadanya adalah dua peranti yang diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas, iaitu peranti dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya, dan juga peranti QWERTY daripada BlackBerry.

Daripada apa yang dilaporkan, dua daripada peranti baru yang bakal diperkenalkan itu telah pun mencapai fasa akhir, dan kini sedang diuji secara dalaman, dan akan dilancarkan pada awal 2013 kelak.

TIPS & ULASAN