Mozilla Memperkenalkan Sokongan Command Line Untuk Pembangun Pada Firefox 16

Mozilla Memperkenalkan Sokongan Command Line Untuk Pembangun Pada Firefox 16

Diterbitkan pada Sep 3, 2012 oleh .

Mozilla, selain daripada memudahkan para pengguna mengendalikan dan menggunakan pelayar web Firefox, mereka turut sama memfokuskan kepada para pembangun web dan sebagainya, dimana melalui Firefox 16 yang kini dalam fasa pembangunan, ia membawakan sokongan Command Line padanya.

Sokongan ini membolehkan para pembangun menguruskan pelbagai perkara dengan menggunakan sesuatu kata khas, dan menguruskannya terus menggunakan papan kekunci mereka, tanpa memerlukan tetikus dan sebagainya.

Pelbagai fungsi boleh dikawal, daripada mencari sesuatu CSS, mengubah saiz tetingkap, sehinggalah memulakan semula pelayar web, semuanya menggunakan sokongan command line.

Buat masa ini, Firefox 16 dalam fasa beta, dan akan dilancarkan kepada umum dalam masa kurang 6 minggu lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini untuk Windows, Mac OS X atau Linux, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN