Cari @ Amanz

Nokia, menyediakan beberapa aplikasi berasaskan lokasi untuk para pengguna peranti Lumia mereka, dan terkini adalah Nokia City Lens. Sebelum ini, ia telah diuji dalam bentuk beta kepada para pengguna Lumia, dan kini ia dengan mudah boleh dimuat-turun terus daripada Marketplace.

City Lens membolehkan para pengguna menggunakan sokongan GPS pada telefon pintar mereka, selain turut didatangkan dengan sokongan augmented reality untuk memudahkan para pengguna mencari sesuatu lokasi dengan mudah.

Daripada apa yang kami gunakan, kebanyakkan lokasi sedia tersenarai, memudahkan para pengguna mencari pelbagai perkara, daripada tempat makanan, sehinggalah kepada pelbagai lokasi menarik yang lain.

Bagi para pengguna yang ingin menggunakannya, anda boleh memuat-turunnya daripada Windows Phone Marketplace hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd