Galaxy Note 10.1 Berharga RM2199 Di Malaysia – Celcom Tawarkan Pada Harga Bermula RM1388

Galaxy Note 10.1 Berharga RM2199 Di Malaysia – Celcom Tawarkan Pada Harga Bermula RM1388

Diterbitkan pada Sep 3, 2012 oleh .

Sepertimana yang kami katakan pada tempoh hari, kini Celcom telah pun menerbitkan pelan dan pakej untuk peranti terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Note 10.1, dimana melalui pakej yang disediakan oleh mereka, ia ditawarkan pada harga bermula RM1388.

Samsung Galaxy Note 10.1 merupakan tablet terbaru daripada Samsung yang didatangkan dengan sokongan S-Pen padanya, membolehkan para pengguna menulis, melakar, melukis dan sebagainya dengan menggunakannya. Ia didatangkan bersama-sama Android 4.0 Ice Cream Sandwich (dijanjikan Jelly Bean tidak lama lagi), skrin sebesar 10.1-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, dan juga kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, serta kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan.

Melalui pakej yang disediakan oleh Celcom, peranti ini ditawarkan pada harga serendah RM1388 dengan komitmen bulanan sebanyak RM98 sebulan. Pilihan komitmen bulanan sebanyak RM48 dan juga RM68 turut disediakan oleh Celcom.

Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada hari Rabu ini, dimana berkemungkinan Celcom diberikan tempoh eksklusif sebelum ia ditawarkan oleh semua pengedar di Malaysia.


TIPS & ULASAN