Android Dan Symbian Lebih Popular Berbanding BlackBerry, iOS Dan Windows Phone Di Malaysia

Android Dan Symbian Lebih Popular Berbanding BlackBerry, iOS Dan Windows Phone Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 3, 2012 oleh .

Perang platform mudah-alih bukanlah sesuatu yang baru, dan semestinya ramai yang ingin mengetahui apakah platform pilihan ramai pengguna tempatan buat masa ini. Daripada laporan terbaru yang dikeluarkan Ericsson Consumer Lab, di Malaysia, Android dan Symbian masih kekal popular dan digunakan ramai pengguna.

Daripada apa yang diperlihatkan, sebanyak 41% pengguna menggunakan Android, dan diikuti Symbian sebanyak 18%. Menariknya, BlackBerry, iOS dan juga Windows Phone, masing-masing digunakan oleh sebanyak 6% pengguna daripada pengguna tempatan.

Ia juga dilaporkan yang mana para pengguna Malaysia lebih gemar menggunakan perkhidmatan teks (92%), dan digunakan untuk rangkaian sosial sebanyak 69%, serta panggilan suara sebanyak 67%.

Walaubagaimanapun, saiz sampel yang diambil-kira tidak diumumkan, dan mungkin terdapat sedikit perbezaan berbanding data sebenar untuknya.

Jadi, apa kata anda? Adakah BlackBerry, iOS dan Windows Phone masing-masing dapat merampas kembali pasaran melalui platform terbaru mereka – BlackBerry 10, iOS6 dan Windows Phone 8?


TIPS & ULASAN