Windows Phone 8 Bakal Membolehkan SMS Dan MMS Di Sync Ke Hotmail

Windows Phone 8 Bakal Membolehkan SMS Dan MMS Di Sync Ke Hotmail

Diterbitkan pada Sep 3, 2012 oleh .

Dengan Windows Phone 8, Microsoft bakal menyertakan pelbagai sokongan baru bersama-sama dengannya, dimana kebanyakkannya masih kekal misteri buat masa ini. Mengikut laporan terbaru, ia bakal menyertakan bersama sokongan untuk sync pelbagai data ke SkyDrive dan juga Hotmail dengan mudah.

Ia dikatakan salah satu sokongan terbaru adalah kebolehan untuk sync SMS dan juga MMS secara automatik terus ke akaun Hotmail atau Outlook.com para pengguna. Ia bakal didatangkan dalam bentuk tambahan kepada sokongan lain, termasuk kebolehan memuat-naik gambar dan video secara automatik ke SkyDrive, selain sokongan menyimpan tetapan, tema, dan sebagainya terus pada storan awan.

Bersama-sama dengan Windows Phone 8, ramai pengeluar peranti yang bakal melancarkan peranti mereka. Nokia yang masih terkenal platform Windows Phone ini bakal mengadakan sebuah acara khas pada minggu ini, dimana antara peranti yang bakal diperkenalkan adalah termasuk Nokia Lumia 820 dan juga Lumia 920. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkenaan dengannya.


TIPS & ULASAN