Adakah iPad Mini Kelak Akan Kelihatan Sebegini?

Adakah iPad Mini Kelak Akan Kelihatan Sebegini?

Diterbitkan pada Sep 4, 2012 oleh .

iPad Mini sebelum ini disahkan akan dilancarkan pada bulan Oktober, dan semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak. Kini, Apple.pro hadir dengan rekabentuk model untuk iPad Mini, memperlihatkan kemungkinan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.

Model yang diperlihatkan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan sebelum ini, dimana menyertakan rekabentuk dock bersaiz lebih kecil, selain turut membawakan rekabentuk yang nipis, dan skrin yang lebih kecil daripada iPad sedia ada, iaitu sekitar 7-inci.

Selain daripada itu, ia juga dilihat membawakan bahagian tepi yang nipis berbanding sebelum ini. Ia masih tidak diketahui adakah perkara ini akan memberikan kesan untuk para pengguna memegang dan mengendalikan peranti tersebut ataupun kelak.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ia hanya sekadar model konsep sahaja, dan mungkin versi akhirnya kelak adalah jauh berbeza berbanding dengannya.


TIPS & ULASAN