Nokia Lumia 920 Bakal Menyertakan Sokongan Pengecasan Bateri Tanpa Wayar?

Nokia Lumia 920 Bakal Menyertakan Sokongan Pengecasan Bateri Tanpa Wayar?

Diterbitkan pada Sep 4, 2012 oleh .

Nokia sejak daripada minggu lepas, telah mula mengatakan yang mana mereka akan membawa kejutan kepada para pengguna melalui peranti baru mereka yang bakal diperkenalkan. Dan kini, laporan awal mengatakan ia kelak akan menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar bersama-sama dengannya.


Lumia Charging Pad

Sokongan pengecasan tanpa wayar (wireless charging) merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sebelum ini, dan semestinya sekiranya ia adalah benar, ia akan meletakkan Nokia setapak di hadapan.

Lumia 920 juga dikatakan bakal menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 1GB, kamera 8-megapixel, dan ruangan storan sebanyak 32GB padanya.

Selain daripada sokongan pengecasan tanpa wayar, Nokia juga dikatakan akan menyertakan sokongan kamera PureView pada keluarga peranti Lumia mereka.


TIPS & ULASAN