Cari @ Amanz

Samsung, selain daripada memfokuskan kepada pembangunan peranti, akhir-akhir ini kelihatan turut sama berusaha membawakan lebih banyak kandungan tempatan ke platform mereka. Setelah bekerjasama dengan MPHOnline untuk tablet mereka sebelum ini, hari ini, mereka mengumumkan kerjasama bersama Alt Meia untuk membangunkan aplikasi TonTon TV.


Gambar : Facebook Samsung Malaysia.

Dengan kerjasama ini, ia akan membolehkan kandungan daripada TonTon ditawarkan kepada para pengguna SmartTV dengan mudah, membolehkan para penonton Smart TV memilih kandungan kegemaran mereka dan menontonnya dengan mudah melaluinya.

Buat masa ini, mereka hanya sekadar menandatangani perjanjian kerjsama, dan mungkin aplikasinya akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd