Rovio Mula Mempromosikan Versi Baru Permainan Angry Birds – Memfokuskan Watak Babi

Rovio Mula Mempromosikan Versi Baru Permainan Angry Birds – Memfokuskan Watak Babi

Diterbitkan pada Sep 4, 2012 oleh .

Rovio sedia terkenal dengan permainan Angry Birds, yang mana memfokuskan kepada kisah perspektif watak burung yang marah dengan watak babi yang mencuri telur mereka. Dan dalam versi permainan Angry Birds akan datang, ia dilihat, Rovio akan mengubah kisah mereka, dan menceritakan kisah dari perspektif watak babi.

Perkara ini telah pun sedia diura-ura akan sebelum ini, dan kini pihak Rovio sendiri telah memuat-naik video promosi pertama, menandakan pelancarannya semakin hampir.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan, dan bagaimanakah kawalan permainan kelak. Namun, mungkin ia adalah salah satu permainan yang dinantikan oleh para peminat Angry Birds. Rovio telah pun sedia mendaftarkan nama domain BadPiggies, dan mungkin ia adalah nama permainan tersebut kelak.

Selain daripada Angry Birds, Rovio juga telah melancarkan Amazing Alex beberapa bulan yang lepas.


TIPS & ULASAN