TIME Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur Lebar Sepantas 100Mbps Pada Harga Promosi RM179

TIME Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur Lebar Sepantas 100Mbps Pada Harga Promosi RM179

Diterbitkan pada Sep 4, 2012 oleh .

TIME dot COM hari ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan sehingga 100Mbps pada harga promosi serendah RM179 sebulan, sekaligus meletakkan mereka dihadapan beberapa pesaing yang lain.

Perkhidmatan baru ini dinamakan sebagai TIME Fibre 100Mbps Home Broadband, membolehkan para pelanggan menggunakannya pada harga rendah, dengan kuota bulanan sebanyak 100GB sebulan. Perkhidmatan ini ditawarkan sebagai penambahan beberapa pakej sedia ada, termasuk pilihan pakej lain pada kadar kelajuan 8Mbps, 15Mbps, 30Mbps dan juga 50Mbps. Pilihan pelan lain kini ditawarkan dengan sokongan penggunaan kuota tanpa had, berbanding pakej 100Mbps.

Walaubagaimanapun, kawasan liputan untuk TIME dot COM buat masa ini masih lagi terhad, yang mana mungkin akan mengecewakan para pengguna yang inginkannya. Bagi yang berminat, mungkin boleh menyemak liputan di laman rasmi mereka hari ini.


TIPS & ULASAN