Dengan hanya lebih kurang sehari sahaja sebelum Nokia memperkenalkan peranti Lumia terbaru, mereka masih meneruskan promosi untuknya, dimana terkini mereka memuat-naik sebuah video baru, memperlihatkan sokongan augmented reality yang diintegrasikan bersama-sama dengan sokongan sosial.
Bagi anda yang menggunakan Lumia, mungkin telah sedia mencuba aplikasi City Lens, yang membolehkan anda mengetahui pelbagai lokasi menarik berdekatan anda dengan mudah. Menariknya, ia juga turut menyokong lokasi-lokasi di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan turut menggunakannya dalam mencari lokasi yang menarik.
Namun, daripada video yang diperlihatkan, ia memperlihatkan gabungan sokongan lokasi dan juga sosial, membolehkan anda mengetahui berkenaan sesuatu lokasi, dan apakah pendapat rakan anda berkenaan dengannya.
Jadi, daripada video yang diperlihatkan, apakah ramalan anda untuknya?