Cari @ Amanz

Apple kini telah pun mula menghantar jemputan kepada acara khas mereka yang bakal diadakan pada minggu hadapan – 13 September, dimana iPhone generasi baru dikatakan akan diperkenalkan secara rasminya, bersama-sama dengan sistem operasi mudah-alih mereka, iOS 6.

Sehingga kini, pelbagai ura-ura dan laporan telah pun kedengaran, termasuk mengatakan ia bakal didatangkan dengan skrin yang lebih panjang berbanding sebelumnya. Selain pelancaran iPhone generasi baru, Apple juga dikatakan akan mengadakan sebuah acara khas pada bulan Oktober untuk pengumuman iPad Mini. Daripada jemputan untuk acara 13 September yang dihantar, ia memperlihatkan angka 12 (tarikh mengikut waktu tempatan disana), dan juga angka 5, sekaligus membawa kepada spekulasi, adakah ia akan dipanggil iPhone 5, ataupun membawakan maksud yang lain.

Apple biasanya tidak menyediakan sebarang pautan atau siaran langsung untuk pelancaran mereka. Walaubagaimanapun, kami akan membawakan kemaskini mutakhir pada 13 September kelak, bermula pukul 1 pagi. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd