Cari @ Amanz

Nampaknya, bulan September ini, pelbagai gajet dan peranti bakal diumumkan oleh para pengeluar. Selepas Sony dan Samsung memulakannya pada minggu lepas, Nokia yang akan membawakan kejutan esok, serta Apple pada 13 September, kini HTC turut sama telah mula menghantar jemputan untuk acara mereka pada 20 September kelak.

Apakah yang bakal dibawakan oleh HTC masih lagi tidak diketahui. Mengikut ura-ura dan laporan sebelum ini, HTC dikatakan dalam pembangunan beberapa peranti, termasuk tablet baru mereka, serta peranti bersaiz 5-inci. Selain itu, beberapa peranti berasaskan Windows Phone juga dinantikan daripada mereka.

Dengan lebih kurang 15 hari lagi sebelum pengumuman pihak HTC, apakah yang anda sasarkan akan diumumkan oleh mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd