Samsung Learning Hub Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Tahun Ini

Samsung Learning Hub Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan Samsung Galaxy Note 10.1, salah satu perkara yang turut didemonstrasikan oleh Samsung Malaysia adalah aplikasi Learning Hub mereka, yang menawarkan pelbagai jenis kandungan kepada para pengguna Samsung secara eksklusif. Aplikasi ini akan dilancarkan kepada para pengguna tempatan menjelang penghujung tahun ini, dan ditawarkan melalui Samsung Apps.

Untuk makluman, Learning Hub adalah salah satu ekosistem yang dioptimasikan untuk pembelajaran pintar menggunakan tablet dan juga telefon mudah-alih milik Samsung. Pelbagai jenis kandungan ditawarkan, daripada berbentuk buku digital, kepada video dan sebagainya.


TIPS & ULASAN