Activision Membawakan Koleksi Permainan Klasik Ke Android Dan iOS

Activision Membawakan Koleksi Permainan Klasik Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan klasik, kini mungkin anda boleh bergembira, dimana Activision menawarkan koleksi permainan mereka kepada para pengguna peranti Android dan juga iOS dibawah nama Activision Anthology.

Melalui Activision Anthology, ia membawakan permainan klasik KABOOM! secara percuma untuk para pengguna, selain membolehkan mereka mengakses kepada lebih 45 permainan klasik daripada Activision terus melaluinya. Seperti biasanya, untuk mendapatkan permainan tambahan, pemain perlu mengeluarkan sedikit duit, dimana 11 permainan ditawarkan pada harga $2.99, ataupun ke semua 45 permainan pada harga $6.99.

Activision sendiri turut sama mengoptimasikan permainan klasik mereka untuk peranti mudah-alih dengan skrin sentuh, serta membawakan kesan retro padanya.

Daripada percubaan kami, ia masih lagi belum ditambah kepada pasaran Google Play Store untuk pengguna Malaysia. Namun, untuk pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya daripada AppStore hari ini.


TIPS & ULASAN