Mozilla Bakal Membawakan Reader Mode Pada Firefox Tidak Lama Lagi

Mozilla Bakal Membawakan Reader Mode Pada Firefox Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Sokongan Reader Mode seperti semua sedia maklum, telah pun disertakan pada Firefox Mobile, dan fungsi serupa dijangka akan diperkenalkan pada pelayar web versi desktop mereka tidak lama lagi. Pembangunannya telah pun dimulakan oleh Mozilla.

Untuk makluman, melalui Reader Mode, ia membolehkan mereka yang melayari web menikmati kandungan tanpa sebarang gangguan, dan memfokuskan sepenuhnya pada pembacaan mereka.

Sokongan seumpama ini telah pun sedia ditawarkan para pembangun pihak ketiga, seperti Evernote Clearly dan sebagainya, namun integrasi terus sokongan ini pada Firefox semestinya akan diminati ramai, terutamanya mereka yang tidak ingin terganggu dengan iklan dan sebagainya.

Menurut pembangunnya, ia akan diperkenalkan dalam jangka masa lebih kurang 16 minggu lagi pada Firefox.


TIPS & ULASAN