Permainan Terbaru Rovio – Bad Piggies Akan Dilancarkan Pada 27 September

Permainan Terbaru Rovio – Bad Piggies Akan Dilancarkan Pada 27 September

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Lanjutan daripada semalam, kini Rovio telah pun mengumumkan melalui promosi mereka, mengatakan permainan terbaru mereka yang dinamakan sebagai Bad Piggies ini akan dilancarkan pada Android, iOS dan juga Mac pada 27 September kelak.

Selain daripada platform tersebut, ia juga akan diperkenalkan pada Windows 8 dan juga Windows Phone. Namun tiada sebarang tarikh yang dikongsikan oleh Rovio.

Permainan Bad Piggies ini merupakan salah satu permainan yang dibangunkan berdasarkan kepada permainan Angry Birds, dimana ia memfokuskan kepada watak babi hijau padanya, membolehkan para pemain bermain watak babi hijau, dan memainkan dari perspektifnya.

Buat masa ini, bagaimanakah kawalan permainan dan sebagainya untuk Bad Piggies ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN