Lumia 820 Turut Diumumkan Bersama – Skrin 4.3-inci Dan Kerangka Luar Boleh Ubah

Lumia 820 Turut Diumumkan Bersama – Skrin 4.3-inci Dan Kerangka Luar Boleh Ubah

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman Lumia 920, Nokia turut sama mengumumkan Nokia Lumia 820 yang turut dijana menggunakan Windows Phone 8, selain turut membawakan pelbagai ciri-ciri menarik bersama-sama dengannya, serta evolusi dari segi rekabentuk peranti Lumia.

Lumia 820 membawakan skrin sebesar 4.3-inci, membawakan sokongan NFC terbina, serta integrasi pelbagai perkhidmatan lokasi daripada Nokia seperti City Lens dan juga Nokia Drive. Ia turut sama membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz Snapdragon S4 sama seperti pada Lumia 920, memori sebanyak 1GB RAM, kebolehan mengubah bahagian kerangka badan (sama seperti pada telefon Nokia klasik sebelum-sebelum ini).

Kamera 8-megapixel Carl Zeiss pada bahagian belakang dan juga kamera hadapan VGA turut disertakan bersama-sama dengannya. Tambahan lain seperti ruangan mikro-SD turut diumumkan bersama.

Sokongan tambahan untuk pengecasan tanpa wayar turut disertakan pada Lumia 820 ini.


TIPS & ULASAN