(Video) Lumia 920 Dan Lumia 820 Dengan Windows Phone 8

(Video) Lumia 920 Dan Lumia 820 Dengan Windows Phone 8

Diterbitkan pada Sep 5, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman rasmi pihak Nokia untuk peranti Nokia Lumia 920 dan juga Nokia Lumia 820, mereka turut sama telah mengemaskini halaman YouTube mereka, dengan menyertakan video yang memfokuskan kepada kedua-dua peranti ini.

Lumia 920 seperti semua sedia maklum, adalah peranti dengan spesifikasi lebih kurang serupa dengan Lumia 820, tetapi membawakan kamera PureView dan juga skrin paparan PureMotion HD+ bersama-sama dengannya.

Lumia 820 pula menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Snapdragon S4 sama seperti Lumia 920, dan didatangkan dengan skrin bersaiz 4.3-inci, dan juga sokongan kebolehan untuk mengubah kerangka luarnya.

Buat masa ini, kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui bilakah akan tiba ke pasaran Malaysia, dan juga harga jualannya kelak masih kekal misteri.


TIPS & ULASAN