Cari @ Amanz

Bagi anda yang mengikuti kemaskini Lumia 920, semestinya mengetahui akan ia didatangkan bersama-sama sokongan pengecasan tanpa wayar. Kini, Nokia turut sama memperlihatkan kepada umum bagaimanakah ia akan berfungsi kelak.

Seperti semua sedia maklum, pengecas tersebut perlu dibeli secara berasingan, manakala untuk Lumia 820 pula, para pengguna perlu menggunakan kerangka luar tambahan untuk fungsi pengecasan tanpa wayar.

Antara kelebihan pengecasan tanpa wayar adalah termasuk kebolehan untuk anda mengecas tanpa perlu melalui pelbagai langkah, selain mana turut menjaga port mikro-USB daripada rosak. Nokia juga turut sama mengumumkan kerjasama dengan beberapa kafe, membolehkan pengecas tanpa wayar disediakan di beberapa lokasi, untuk memudahkan para pengguna mengecas bateri telefon pintar mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd