(Video) Sokongan PureView Dan PureMotion Pada Lumia Dipertontonkan

(Video) Sokongan PureView Dan PureMotion Pada Lumia Dipertontonkan

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan Lumia 920 yang dijana Windows Phone 8, Nokia membawakan teknologi PureView yang dinantikan ramai kepada peranti Windows Phone mereka, sekaligus menawarkan sokongan rakaman gambar yang lebih menarik lagi berbanding sebelumnya.

Nokia sendiri mengatakan yang mana sokongan rakaman gambar yang ditawarkan oleh mereka jauh lebih hadapan berbanding apa yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing mereka yang lain.

PureView turut sama menyertakan sokongan Optical Image Stabilization, menawarkan gambar dan video yang lebih baik, walaupun digunakan pada sebarang lokasi dan keadaan.

Selain daripada kamera PureView, mereka turut sama menyertakan skrin PureMOtion HD+ pada Lumia 920, menawarkan paparan gambar dan video yang lebih baik dan tajam berbanding sebelum ini. PureMotion HD+ juga menawarkan skrin yang sensitif, membolehkan ia memberikan respon pantas walaupun anda mengendalikan peranti ketika menggunakan sarung tangan dan lain-lain aksesori.


TIPS & ULASAN