Windows Phone 8 Disahkan Membawakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin

Windows Phone 8 Disahkan Membawakan Sokongan Merakamkan Paparan Skrin

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Selepas beberapa laporan sebelum ini, hari ini ketika pengumuman peranti baru Nokia, Microsoft turut sama mengambil peluang untuk mengumumkan sokongan merakamkan paparan skrin akan disertakan pada Windows Phone 8 kelak.

Fungsi ini telah sedia diperkatakan sejak sebelum ini, dimana ia juga merupakan antara fungsi yang dinantikan ramai pengguna. Dengan kebolehan merakamkan paparan skrin, ia akan membolehkan para pengguna dengan lebih mudah berkongsi dengan yang lain.

Selain rakaman gambar paparan skrin, Windows Phone 8 juga turut sama didatangkan dengan sokongan aplikasi kamera yang lebih menarik lagi. Sokongan pinch tp zoom turut disertakan, selain perkongsian terus ke laman sosial, dan memuat-naiknya terus ke SkyDrive.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan bilakah Windows Phone 8 akan dilancarkan.

Gambar : CNET


TIPS & ULASAN