1Tube.MY Memulakan Ujian Beta Untuk Aplikasi Android

1Tube.MY Memulakan Ujian Beta Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Jika beberapa minggu sebelum ini 1Tube.my memperkenalkan halaman web mereka yang mesra peranti mudah-alih, kini mereka melangkah setapak lagi kehadapan dengan memulakan ujian beta untuk aplikasi Android mereka, sebelum ia dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.

Aplikasi Android 1Tube.MY membawakan beberapa penambahan berbanding dengan versi web mudah-alih, dimana ia turut kini menyokong pendaftaran akaun baru padanya, disamping turut membolehkan para pengguna memuat-naik video yang dirakamkan mereka terus daripada peranti Android.

Namun, untuk mengakses menu, para pengguna masih perlu bergantung pada butang menu, yang mana kurang disertakan bersama peranti-peranti baru Android. Mungkin ini hanya untuk ujian beta sahaja, dan versi akhir mungkin membawakan perbezaan.

Dan untuk memainkan video, aplikasi tersebut tidak menyertakan sebarang aplikasi terbina, sebaliknya memberikan pilihan untuk pengguna memainkannya menggunakan pemain media pilihan masing-masing yang terdapat pada peranti Android mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Android 1Tube.MY yang kini dalam fasa beta, dan mencubanya terlebih dahulu, disamping memberikan maklumbalas kepada pembangunnya.


TIPS & ULASAN