Kini, Lebih 1.3 Juta Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Kini, Lebih 1.3 Juta Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Nampaknya, Android terus berkembang pesat, dimana pada acara Motorola yang diadakan hari ini, Eric Schmidt, Executive Chariman untuk Google mengambil pentas, dan mengumumkan angka terkini pengaktifan peranti Android, iaitu sebanyak lebih 1.3 juta peranti diaktifkan setiap hari, sekaligus meletakkan mereka jauh dihadapan berbanding pesaing lain.

Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi dimana sebanyak 70,000 daripada angka tersebut adalah pengaktifan untuk tablet. Secara keseluruhan, ia meletakkan pengguna Android kini lebih kurang 480 juta pengguna. Angka yang besar ini mungkin adalah salah satu sebab mengapa Google memerlukan Motorola dalam melengkapkan Android.

Gambar : CNET


TIPS & ULASAN