Huawei Melancarkan Ascend P1 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 6, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini Huawei Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar Huawei Ascend P1 mereka untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan peranti Android terbaru daripada Huawei itu di pasaran tempatan.

Huawei Ascend P1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 4.3-inci, memori sebanyak 1GB RAM, kamera 8-megapixel dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Di Malaysia, Huawei Ascend P1 dijual harga RM1299, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Huawei di seluruh negara. Kami akan membawakan pandang pertama peranti Huawei Ascend P1 dalam kemaskini berikutnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami