Kini, Anda Boleh Gunakan Dropbox Sebagai Filelink Pada Mozilla Thunderbird

Kini, Anda Boleh Gunakan Dropbox Sebagai Filelink Pada Mozilla Thunderbird

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Dengan pengenalan Thunderbird 15 tempoh hari, seperti semua sedia maklum, ia menyertakan sokongan storan fail berbentuk attachment pada perkhimdatan awan Ubuntu One dan juga YOuSendIt. Dan sebagai tambahan, kini para pengguna turut boleh menambah Dropbox pada sokongan Filelink di Thunderbird.

Seperti umum sedia maklum, sokongan Dropbox merupakan salah satu permintaan ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan fail dapat disimpan dan diakses dengan mudah melaluinya.

Untuk menambah sokongan tersebut pada Thunderbird, para pengguna kini hanya perlu memuat-turun sebuah add-on khas, dan memasangnya pada Thunderbird, sekaligus menambah sokongan Dropbox pada klien emel anda.

Sebaik sahaja selesai memasangnya, anda akan dapat melihat pilihan baru pada ruangan Attachment, membolehkan anda memilih Dropbox sebagai tetapan dan pilihan utama klien emel anda.


TIPS & ULASAN