Edisi Pertama Majalah GIMP Dilancarkan – Versi PDF Sedia Untuk Dimuat-Turun

Edisi Pertama Majalah GIMP Dilancarkan – Versi PDF Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

Salah satu aplikasi grafik yang diminati kami adalah GIMP, yang mana mempunyai komuniti penggunannya sendiri. Selain daripada aplikasi mereka yang ditawarkan secara percuma, kini, komuniti disebaliknya juga turut sama hadir dengan sebuah majalah khas, yang dinamakan sebagai GIMPMagazine.

Isu pertama ini menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan GIMP, dimana bukan hanya menyentuh tutorial dan pelbagai perisian tambahan berkenaan dengan GIMP, tetapi turut sama menyertakan temuramah eksklusif serta galeri untuk memberikan inspirasi kepada para perekabentuk.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dalam bentuk PDF daripada halaman rasmi GIMPMagazine hari ini, dan membacanya sendiri.

Terima kasih HardyWeb.


TIPS & ULASAN