AVG Memperkenalkan Perisian Versi 2013 Dengan Sokongan Windows 8

AVG Memperkenalkan Perisian Versi 2013 Dengan Sokongan Windows 8

Diterbitkan pada Sep 6, 2012 oleh .

AVG hari ini telah pun memulakan proses mengemaskini produk mereka untuk versi tahun 2013, dimana seperti semua sedia maklum, ia turut didatangkan dengan sokongan Windows 8 melalui rekabentuk baru pada aplikasi keselamatan dan sekuriti tersebut.

Bagi yang tidak mengenali AVG, ia merupakan salah satu penyedia aplikasi antivirus dan keselamatan internet yang popular dengan versi percuma mereka yang disediakan untuk Windows, selain turut menawarkan aplikasi keselamatan untuk para pengguna Android.

Versi 2013 membawakan rekabentuk dengan antaramuka ModernUI (Metro), dan dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh yang difokuskan pada Windows 8. AVG turut sama mengatakan versi 2013 ini membawakan enjin yang dikemaskini dengan prestasi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun daripada AVG Free 2013 ataupun beberapa perisian lain yang ditawarkan oleh mereka, dan mula menggunakannya dalam melindungi sistem operasi Windows anda.


TIPS & ULASAN