Carian
Pengambil-Alihan Instagram Oleh Facebook Kini Rasmi – Gambar Di Instagram Melangkaui 5 Billion
September 7, 2012 Aman

Setelah melalui pelbagai fasa dan proses, hari ini, pihak Facebook mengumumkan secara rasmi yang mana pengambil-alihan Instagram selesai sepenuhnya, sekaligus mengumumkan yang mana bilangan gambar yang dikongsikan di Instagram melangkaui angka 5 billion.

Facebook juga turut sama sekali lagi menekankan yang mana Instagram akan terus beroperasi secara berasingan, dan bukannya ditutup dan diintegrasikan ke dalam Facebook, seperti kebanyakkan pengambil-alihan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Sebelum ini, pada bulan April yang lepas, Facebook mengumumkan perancangan mengambil-alih Instagram pada harga $1 billion, dimana $300 juta dibayar dalam bentuk tunai, dan selebihnya dalam bentuk saham. Kini, dengan harga saham Facebook yang semakin menurun, harga akhir Instagram adalah pada $735 juta.

Komen