Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Nokia Lumia, mungkin telah sedia mencuba aplikasi Counters sebelum ini yang diuji dalam bentuk beta terbuka. Kini, Nokia telah pun melancarkan versi stabil pertama, namun tiada sebarang perubahan yang dibawakan padanya.

Kemaskini Counters kepada versi stabil lebih memfokuskan kepada penambah-baikkan prestasi padanya. Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Counters ini, ia merupakan aplikasi khusus untuk para pengguna Nokia Lumia, membolehkan anda mengawal penggunaan data dan panggilan ana dengan mudah.

Pada aplikasi berkenaan, ia membolehkan para pengguna memantau penggunaan minit panggilan, SMS, dan juga data dengan mudah, sekaligus memudahkan anda untuk memantau bil bulanan anda.

Pengguna peranti Nokia Lumia boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Windows Phone Marketplace hari ini, dan mula menggunakannya pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd