Cari @ Amanz

Amazon telah pun sedia memasuki pasaran tablet sebelum ini dengan peranti yang dinamakan Kindle Fire. Hari ini, mereka memperkenalkan keluarga peranti baru mereka, dimana Kindle Fire HD diumumkan, membawakan saiz skrin bersaiz 8.9-inci dengan resolusi 1920×1200 padanya, selain ruangan storan sebanyak 16GB terbina.

Kindle Fire HD ini juga turut sama didatangkan dengan cip pemprosesan OMAP 4470 daripada Texas Instruments, selain turut menyertakan sokongan audio yang baik padanya, termasuk teknologi radio MIMO. Kindle Fire HD ditawarkan pada harga ~RM930 ($299).

Selain daripada Kindle Fire HD, Amazon turut sama mengumumkan kemaskini kepada tablet Kindle Fire mereka, membawakan saiz skrin 7-inci, cip pemprosesan yang lebih 40% pantas berbanding sebelumnya, memori dua kali ganda berbanding sebelum, serta masa bertahan bateri yang lebih lama. Ia akan ditawarkan pada harga ~RM495 ($159) dan boleh ditempah melalui Amazon bermula hari ini.

Sebagai tambahan, Amazon turut sama mengumumkan Kindle Paperwhite yang membawakan skrin yang menarik untuk pembacaan, disamping masa bertahan bateri yang lebih lama iaitu sehingga lapan minggu. Ia ditawarkan pada harga ~RM370 ($119). Dan untuk Kindle biasa mereka, Amazon menjadikannya lebih murah, dimana kini ia ditawarkan pada harga hanya ~RM215 ($69) membolehkan sesiapa yang berminat mendapatkan pembaca buku digital bersaiz 6-inci dengan mudah melalui Amazon.

Gambar oleh CNET.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd