Cari @ Amanz

Laporan mengenai aplikasi uTorrent untuk Android telah pun sedia kedengaran sejak awal tahun ini, dan hari ini, secara rasminya, pembangunnya telah pun melancarkannya ia, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna Android melalui Google Play Store.

Aplikasi uTorrent yang kini masih diperingkat beta ini menawarkan kebolehan untuk para pengguna memuat-turun dengan mudah terus daripadanya. Selain daripada memuat-turun fail dan dokumen, para pengguna juga turut sama boleh melanggan kepada beberapa RSS torrent terus daripadanya. Buat masa ini, beberapa tetapan seperti kebolehan memilih rangkaian (pelan data atau WiFi) dan sebagainya masih tidak ada. Namun, memandangkan ia masih diperingkat beta, mungkin ia merupakan salah satu perkara biasa.

Bagi mereka yang menggunakan Android 2.1 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun uTorrent Beta untuk Android ini daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd