Rayman Jungle Run Akan Diperkenalkan Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Sep 7, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan populariti peranti mudah-alih yang semakin meningkat dari hari ke hari, lebih ramai pengeluar dan pembangun permainan yang tidak ingin ketinggalan. Terkini, Ubisoft melalui halaman YouTube mereka mempertontonkan yang mana permainan Rayman yang popular akan diperkenalkan pada peranti mudah-alih pada penghujung September ini.

Permainan yang akan dikenali sebagai Rayman Jungle Run ini bakal diperkenalkan untuk beberapa platform, termasuk Android dan juga iOS. Daripada apa yang dipertontonkan, ia memperlihatkan melalui permainan tersebut kelak, watak Rayman akan dilarikan secara automatik, dimana para pemain hanya perlu mengawal gerakan seperti melompat dan sebagainya.

Ubisoft bakal melancarkan permainan Rayman : Jungle Run ini pada 20 September kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami