Apple Bakal Mematikan iPhone 3GS – Gantikan Dengan iPhone 4S 8GB?

Apple Bakal Mematikan iPhone 3GS – Gantikan Dengan iPhone 4S 8GB?

Diterbitkan pada Sep 7, 2012 oleh .

Dengan seminggu sahaja lagi sebelum iPhone generasi baru diperkenalkan, kini laporan baru hadir, mengatakan yang mana Apple akan mematikan iPhone 3GS, dan mengantikannya dengan iPhone 4S dengan ruangan storan sebesar 8GB, membolehkan mereka menawarkannya pada harga yang lebih murah.

Bagi para pengguna Apple, mungkin mereka telah sedia maklum akan yang mana iPhone 3GS akan dimatikan oleh Apple, memandangkan ianya telah bertahun sejak diperkenalkan.

Apple mensasarkan untuk mengadakan sebuah acara pengenalan iPhone generasi baru mereka pada 13 September ini, dimana daripada ura-ura yang kedengaran sebelum ini, ia akan didatangkan bersama-sama saiz skrin yang lebih panjang, selain beberapa perubahan lain padanya, selain turut dijana menggunakan iOS 6.


TIPS & ULASAN