Nokia Akan Mula Menjual Peranti Windows Phone 8 Bermula November Kelak?

Nokia Akan Mula Menjual Peranti Windows Phone 8 Bermula November Kelak?

Diterbitkan pada Sep 7, 2012 oleh .

Ketika pengumuman Nokia Lumia 920 tempoh hari, ramai yang menantikan bilakah ia akan mula dijual, namun perkara tersebut tidak diumumkan oleh Nokia, memandangkan menantikan pelancaran Windows Phone 8 oleh Microsoft. Kini, setelah beberapa hari, Reuters melaporkan, peranti tersebut akan mula dijual pada bulan November kelak.

Nokia Lumia 920 telah diumumkan pada hari Rabu yang lepas, membawakan Windows Phone 8 padanya, selain turut didatangkan bersama-sama beberapa ciri-ciri menarik tambahan, termasuk kamera berteknologi PureView, skrin dengan paparan PureMotion HD+, dan juga turut disertakan dengan sokongan pengecasan bateri tanpa wayar.

Selain daripada Nokia Lumia 920, Nokia juga turut sama mengumumkan Lumia 820 yang turut dijana menggunakan Windows Phone 8. Selain daripada Nokia, Samsung, HTC, dan beberapa syarikat pengeluar peranti lain turut sama akan mula menjualnya, sebaik sahaja Microsoft mengumumkan Windows Phone 8 secara rasminya.


TIPS & ULASAN