Gambar Awal HTC 8X (HTC Accord) Kelihatan Di Arena Web

Gambar Awal HTC 8X (HTC Accord) Kelihatan Di Arena Web

Diterbitkan pada Sep 7, 2012 oleh .

Dengan HTC yang bakal mengadakan sebuah acara khas pada 20 September kelak, semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal diperkenalkan oleh mereka. Selain daripada pelbagai ura-ura berkaitan dengan tablet, dan peranti Android, salah satu yang mungkin akan diumumkan adalah peranti Windows Phone mereka.

Mengikut gambar awal yang kini kelihatan di arena web, ia dikatakan peranti yang dinamakan HTC Accord ataupun HTC 8X bakal diperkenalkan oleh mereka tidak lama lagi.

Walaupun tiada sebarang informasi rasmi yang dikeluarkan oleh HTC buat masa ini, daripada ura-ura dan laporan awal, ia kelihatan peranti Windows Phone 8 yang bakal didatangkan dengan teknologi audio daripada Beats ini bakal menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin bersaiz 4.3-inci, kamera 8-megapixel, sokongan NFC, dan turut dsertakan bersama-sama ruangan mikro-SIM.

Selain daripada peranti ini, HTC Rio dan juga Zenith juga dinantikan ramai, dan mungkin akan diumumkan mereka dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN