Samsung Malaysia Mula Menawarkan Galaxy S3 Dalam Pilihan Warna Merah

Samsung Malaysia Mula Menawarkan Galaxy S3 Dalam Pilihan Warna Merah

Diterbitkan pada Sep 7, 2012 oleh .

Samsung Galaxy S3 telah pun dijual sejak daripada penghujung Mei yang lepas, dan kini Samsung Malaysia menambah pilihan warna baru untuk mereka yang ingin dapatkannya, dimana kini turut ditawarkan dalam pilihan warna merah.

Pilihan warna merah ini dinamakan sebagai Garnet Red, merupakan tambahan kepada dua warna sedia ada, iaitu biru yang dipanggil Pebble Blue dan juga putih yang dinamakan Marble White.

Walaubagaimanapun, harga jualan yang dicadang masih kekal sama, pada harga RM2199, dan masih tiada perubahan buat masa ini.

Tips awal daripada Arif Ishak.


TIPS & ULASAN