Setelah diperkenalkan dalam tempoh eksklusif untuk peranti-peranti keluaran Sony sahaja, kini permainan Call of Duty : Zombies untuk platform Android turut diperluaskan sokongannya, dimana kebanyakkan peranti utama Android telah pun boleh memainkannya.
Call of Duty : Zombies, sama seperti permainan siri tersebut yang lain, memfokuskan kepada permainan berbentuk aksi tembak-menembak FPS. Selain daripada bermain secara berseorangan, para pemain juga turut sama boleh bermain bersama-sama rakan anda yang lain (sehingga 4 orang), dengan sambungan melalui WiFi.
Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan Call of Duty : Zombies ini pada harga $6.99 daripada Google Play Store hari ini.