Google Mengambil-Alih VirusTotal – Perkhidmatan Mengimbas Virus Pada URL Dan Fail

Google Mengambil-Alih VirusTotal – Perkhidmatan Mengimbas Virus Pada URL Dan Fail

Diterbitkan pada Sep 8, 2012 oleh .

Google, selain mengambil-alih beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan sosial, kini turut sama mengukuhkan portfolio produk sekurit dan keselamatan mereka, dengan mengambil-alih VirusTotal. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak.

Bagi yang tidak mengenali akan VirusTotal, ia merupakan salah satu perkhidmatan percuma yang menawarkan kebolehan untuk mengimbas sesuatu URL ataupun fail, sekaligus membolehkan para pengguna mengetahui sama ada ia mengandungi sebarang malware, trojan dan sebagainya dengan mudah. Ia dikatakan VirusTotal menggunakan lebih daripada 40 enjin berbeza dalam mengimbas fail dan URL.

Google mengatakan mereka akan mengekalkan perkhidmatan VirusTotal berjalan seperti biasa.


TIPS & ULASAN