Sharp SH530U Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 8, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin ramai yang tidak ketahui akan yang mana Sharp turut sama mengeluarkan telefon pintar mereka. Kini, nampaknya, peranti mereka akan diedarkan secara rasmi di Malaysia oleh Brightstar, dengan peranti pertama bakal mula dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan.

Sharp SH530 yang bakal dilancarkan itu telah pun mula dijual oleh beberapa pengedar, dan salah satunya adalah IMCC yang mula menjualnya pada harga RM1288.

Peranti ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Cortex A-9, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan terbina 16GB, kamera belakang 5-megapixel, dan skrin sebesar 5-inci. Ia juga dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Kami akan cuba membawakan pandang pertama dan ulasan ringkas peranti tersebut kelak selepas ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada minggu hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami